‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 29 Januari 2015

Cinta Tercedera Gara-gara Pakwe Tak Khatan

Tempat Bersidang Orang-orang Kampung Sri Lukut
Kelihatan Osman Manap sebagai ketua sidang

"Masa sekolah nak tahu siapa belum sunat, time sembahyang kalau berdiri di saf belakang belum sunat. Saf depan bermuka sombong pasal dah sunat. Budak perempuan skodeng dari tirai tengok siapa yang belum sunat." Pendedahan cerita betul dari kawan saya.

Saya tertanya-tanya juga, apa fasal budak perempuan mahu mengintai?

"Masa tu kantol pakwe belum sunat. Bila bercouple cerita pasal kahwin bagai. Sunat pun belum." Jelas beliau mengenangkan zaman kami di sekolah rendah dahulu purba kala. 

Maza tertawa terkekeh-kekeh mengenangkan beberapa kawan-kawan sebaya dan tua setahun dua itu berendut (endut = bermain cinta) sedangkan umur masing-masing baru sahaja menginjak 12, 13 atau 14 tahun.

Beginilah apabila kami berborak sakan mengenangkan zaman kanak-kanak yang berwarna-warni di Kampung Sri Lukut, Kahang, Johor. 

Memang di zaman itu ada yang lewat berkhatan sehingga mencecah usia hampir 20 tahun. 

Majlis berkhatan biasanya dibuat ketika musim cuti sekolah pada bulan November atau Disember. Kendurinya pula dibuat besar-besaran. 

Cikgu Syafie dan Cikgu Johar antara guru pelopor yang mencadangkan diadakan majlis berkhatan beramai-ramai. Jadinya, sekitar tahun 1987/88 diadakan majlis berkhatan secara jemaah. Kanak-kanak yang menyertainya diarak dari Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang Batu 28 ke Masjid Jamek Ar-Rahman (masjid lama). Memang meriah.

Zaman itu kami bersunat masih lagi duduk di atas batang pisang. Sebelum bersunat kami berendam dulu di dalam taliair puas-puas. Berendam sahaja tanpa berenang-renang. Tanpa bius hanya berbekalkan pisau tajam dan mentera (bacaan doa), maka bermulalah episod menjadi orang dewasa.

Setelah bersunat, layanan diberikan tidak lagi dideskriminasikan dalam apa-apa majlis kenduri. Malah kami dipandang sebagai pemuda harapan. Hahaha...

~from Zainal Sani with Sweet memori~
Jalan Teminggol.

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails