‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 27 Jun 2013

Orang utan mencari sesuap nasi

Seorang pemuda telah hampir setahun menjadi penganggur akibat kegawatan ekonomi. Baru sahaja dua tahun bergelar mahasiswa dan bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan, akhirnya beliau terpaksa diberhentikan.

Pada suatu hari, beliau telah ditawar bekerja di zoo.

Peluang itu datang gara-gara kematian seekor orang utan di zoo tersebut. Orang utan ini merupakan daya tarikan utama di situ. Kunjungan tidak akan lengkap jika tidak melawat kandang orang utan. 

Pengarah zoo amat risau. Kematian orang utan bermakna daya tarikan sudah tidak ada lagi. Pelawat sudah mula tidak mahu datang. Jumlah kutipan tiket terjejas. Pekerjaan mereka jadi terancam.

Proses untuk mendapatkan orang utan memakan masa lama dengan dokumentasi panjang lebar, lesen perlu dipohon dan karenah biokrasi. Mendapatkan orang utan itu sendiri pun cukup payah. 

Untuk mengatasi masalah ini, pengarah zoo meminta pemuda tersebut untuk memakai kostum orang utan. Pemuda itu perlu meniru perlakuan dan membuat aksi orang utan. Dia perlu berlakon bersungguh-sungguh. 

Pemuda itu pun membuat kajian di youtube.  Dia mula berlatih. Dia meniru segala tabiat dan gaya orang utan. Sedikit demi sedikit dia mula menghafal dan berusaha melakonkan aksi beruk itu. 

Kemudian hari-hari berikutnya, dia semakin berani membuat pertunjukan. Tahap keyakinannya meningkat tinggi. Semakin galak pula setelah mendapat perhatian dan duit tips yang pengunjung lemparkan. Mulai hari itu, semangatnya bertambah kuat.

Semakin hari, semakin hebat skillnya. Kali ini bukan setakat mahir bergayut, tetapi sudah mahir membuat aksi gymnastik. Sekali sekala dia membuat aksi akrobatik tahap dewa kesembilan. 

Keghairahan beliau semakin menjadi-jadi. Adakala dia sendiri keliru tentang dirinya, apatah lagi setelah mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai. Jumlah pengunjung juga bertambah. Kutipan tiket meningkat mendadak!

Melihatkan sambutan begitu baik, acapkali juga beliau mendapat pujian daripada pengarah zoo. Tuan pengarah berjanji, kalau kutipan tiket mencecah jutaan ringgit, beliau akan memperoleh komisyen. Lumayan!

Azam pemuda itu semakin kuat. Kerja yang dilakukan itu pun kerja mudah berbanding kerjayanya yang lalu sebagai kartunis. Kerja menjadi 'orang utan' sama juga seperti kerja-kerja seni yang biasa digelumanginya dahulu. 

Dia mula membuat aksi lincah. Sudah sama seperti aksi beruk yang sebenar, saling tidak tumpah! Semua pengujung terpukau, gembira dan bertepuk tangan. Mereka semua terhibur dan kagum. Orang utan itu pun terbawa-bawa sikap keberukkan sama. Sama kagum dengan kebolehan sendiri.

Dia bertambah ghairah. Kali ini dia bertekad untuk menunjukkan skill terbaik yang tidak pernah dibuat dan dilihat oleh sesiapa. Sambil memanjat dan sengayut di pagar dengan sebelah tangan, dia akan melompat balik kuang ala-ala "somersault berpusing"

Entah bagaimana sedang asyik beliau bergayut sana sini seraya membuat pertunjukan gymnastik tahap jurus tertinggi, beliau terlepas ke kandang sebelah. Sambil membuat aksi balik kuang tersebut, beliau mendarat ke kandang singa!

Orang utan menjadi kaget! Menggeletar sekujur tubuhnya. Peluh jantan sudah mengalir galak. Dia hampir-hampir terkencing. Dia amat resah. Di hatinya hanya terkenangkan mati. Dia perlu melakukan sesuatu. Paniknya bukan kepalang. Dia terus melompat ke sana sini tidak karuan. Berusaha dan terus berusaha selagi terdaya!

Singa mula mendekatinya. Belum pun sempat orang utan itu mencapai palang di atas pagar sana, sang singa MENERKAM! Tubuh orang utan itu disambar! Hendak dibaham!

Orang utan meronta-ronta kuat. Dia mula memekik. Hampir-hampir sahaja perkataan 'tolong' terkeluar dari kerongkong, malangnya tersekat.

Setelah teguh mencengkam tubuh orang utan, singa pun berbisik, "Diam lah gampang . . . kang kito deduo kono buang kojo kang!"

Alkisah masing-masing cari makan, ahaks!
Oleh:
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails