‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 1 Disember 2012

Sebuah Kembara Johor; Pencarian Jalan Hidup

1994 Jun - Al kisah, maza sebenarnya pengembara juga. Dengan berbasikal lumba maza memulakan misi mengembara sepelusuk daerah di Johor.

Ketika cuti pertengahan semester di tingkatan 6, Sekolah Sultan Abdul Jalil, Kluang, Johor. Lagi beberapa bulan sebelum peperiksaan STPM maza dan kawan-kawan bikin sebuah kembara jalanan. Kesempatan yang ada ketika tinggal di rumah sewa di Lorong Orked, Kampung Melayu, Kluang diambil. Maza kira ketika inilah waktu terbaik untuk mencari sekelumit pengalaman hidup.


Gambar berlatar belakangkan Ladang Teh (bekas), Batu 9,Kahang, Kluang, Johor.

Apatah lagi mendengarkan kejayaan dan keseronokan kembara kawan-kawan maza yang sama kelas dan sekolah pada cuti hujung tahun sudah. Mereka memutar seluruh daerah Johor. Bermula wasita dari Kluang, Endau, Mersing, Kota Tinggi, Johor, Pontian, Muar, Batu Pahat dan kembali ke Kluang. Mereka mengambil masa selama dua minggu untuk menyelesaikan misi tersebut. Mereka itu ialah Halim Awang Johari, Zailani Bohari, Abdul Rahman Majid dan Idris Salleh. Kembara tersebut dilakukan ketika kami bercuti akhir tahun.

Saat itu maza tidak berbasikal lumba lagi. Sedang memujuk emak dan berkira-kira mahu membelinya sama.

Dari kiri Halim, Rahman, 'ehem-ehem', Zailani dan Idris. Foto beberapa hari sebelum peperiksaan STPM bermula.

Kali ini maza mengembara bersama Faizal bin Ramlan, Samsi dan Razman. Wasita ini kami nukilkan sebagai Kembara Johor; Pencarian Jalan Hidup!

Pada ketika itu, Sultan Ibrahim (Sultan Johor sekarang) pun belum anjurkan Kembara Tengku Mahkota Johor lagi. hehehe...

Pendek kata, sebelum kengkawan semua mabuk dengan berbasikal panjat bukit-bukau (mountain bike) dan masuk kampung itu (flexi bike), maza udah bikin dahulu.. ahaks!

Bagi kengkawan yang baru berjinak dengan berbasikal ke sana dan ke sini, maza ucapkan ... selamat berkayuh bro!...


Ini Kisah Kembara Kami


Projek ini dirancang hampir dua minggu. Oleh kerana cuti semester yang agak pendek, kami singkatkan kembara tersebut untuk lima hari sahaja. Bekalan wang yang maza bawa cuma RM10.00. Lima ringgit maza 'pow' emak setelah sampai di kampung ...  lalala... Selebihnya maza berbekalkan tawakal!

Maza sedang tekun mengayuh mendaki bukit curam

Kembara berbasikal lumba ini meliputi dari Bandar Kluang melalui Kampung Kahang terus ke Mersing dan perhentian kami di pantai Air Papan, Mersing.

Dari Kluang pagi-pagi hari bertolak ke Kampung Sri Lukut (kampung maza) dan bermalam di situ dengan menyelusuri sepanjang Jalan Mersing. Kami berkayuh santai. Kami berhenti di beberapa lokasi untuk bergambar dan menikmati udara segar pagi.

Sepanjang perjalanan sejauh hampir 100 km itu kami menyelusuri lembah dan bukit. Kami mendaki setiap liku dan mengayuh dengan azam. Sepanjang musafir ini banyak yang kami pelajari. Setiap selekoh ada ceritanya tersendiri. Dan setiap itu juga subur dalam kenangan abadi ini. Ya, segalanya menghargai alam dan keindahan ciptaan Tuhan.

Arwah Brad Herris gambar kecil berbaju putih berdiri dari sebelah kiri.
Meninggal akibat kemalangan jalan raya.
Bergambar di rumahnya di Kuaters Balai Polis Kahang


Perjalanan kami itu di temani ladang teh, lembu, getah, sawit, hutan belantara dan kampung-kampung. Sapaan dan haruman desa masih segar di ingatan. Begitu juga dengan sokongan dari pengguna jalan raya dan penduduk kampung. Sama ada mereka melambaikan tangan, membunyikan hon atau menyapa kami dengan ramah sekali. Tindakan mereka itu memuncakkan semangat kami untuk terus berkayuh lagi dan lagi.

Setelah berkayuh sejauh 45km kami pun bermalam di Kg Sri Lukut, Kahang. Kami bertolak pula keesokan pagi ke Mersing. Sejauh 50 km lagi perlu berkayuh sebelum sampai ke destinasi.

Kami singgah di Jamaluang untuk mengisi perut. Betul-betul di persimpangan jalan antara Jamaluang, Mersing dan Kota Tinggi itu terdapat sebuah warong kepunyaan Pakcik Razak.


Singgah melepaskan lelah di pekan Jamaluang setelah berkayuh dari Kg Sri Lukut, Kahang.
Dari kanan Razman (a.k.a Manot), Samsi, Faizal Ramlan (a.k.a Bat)

Pakcik Razak berselipar dan misai melintang

Pak cik Razak pengusaha warong roti canai dengan ramahnya telah melayani kami. Setelah mengambil tandatangan beliau sebagai bukti kembara Johor ini, kami bergambar bersama.

Sekarang ini warong tersebut tidak lagi diusahakan oleh Pakcik Razak. Warong itu pun sudah tidak wujud. 

Pantai Air Papan lokasi Kemabra Johor: Pencarian Jalan Hidup

Kami tiba destinasi setelah gelincir matahari. Sebaik tiba kami terus bergembira dan memanjai diri dengan berenang di lautan. Sambil-sambil itu kami bergambar sakan.

Kami telah memilih sebuah pondok (wakaf) sebagai tempat beristirahat dan bermalam nanti. Mulanya mahu sahaja tidur di dalam surau di situ, tetapi tidak dibenarkan.

Lantaran itu malam kami di Air Papan beralaskan bumi berbumbungkan bintang.

Sungguh pun di kelilingi lautan, namun kami terpaksa lalui malam yang hangat. Tiada tiupan angin. Tiada pula unggun api untuk melindungi dari agas dan nyamuk. Kami tidur ditelan kegelapan malam. 

Keesokan pagi kami pulang. Berkayuh lagi sejauh hampir dua marhalah. Disebabkan maza hanya bersarapan dua biji telur dan segelas teh, kurang 5 km sampai ke Kg Sri Lukut (Batu 31), maza sudah mengalami keletihan amat sangat. Dehydration berlaku.

Beberapa kali maza terpaksa berhenti dan membiarkan rakan lain bertolak dahulu. Untuk kelangsungan hidup dengan bekalan air sudah tiada, maza terpaksa berhenti dan minum air dari celah lelehan bukit dan lopak-lopak air di tepi jalan itu.

Setelah mendapat sedikit tenaga, maza kembali berkayuh sendirian. Jalan ketika itu lengang, tiada kenderaan yang lalu-lalang. Tiba-tiba maza terlihat ada sebuah lori pick-up tersadai. Kenderaan itu mengalami kerosakan. Maza singgah di situ. Kemudian mereka memberikan maza minuman dan separuh buah tembikai. 

Maza kembali meneruskan kembara setelah menikmatinya. Tidak berapa jauh dari tempat itu sekali lagi maza terpaksa berhenti.

Setelah pick-up itu dibaiki ia pun bertolak hendak menuju ke Kluang. Sekali lagi mereka terserempak dengan maza. Maza ketika itu sedang menyadar di tebing bukit di tepi jalan dalam keadaan kehilangan maya. Pemandu lori pick-up itu berhenti dan sekali lagi menghulurkan bantuan. Basikal diletakkan di belakang dan maza menumpang mereka hingga sampai ke simpang kampung. 

Pengajarannya ialah 'jangan eksyen ler tak mau sarapan untuk perjalanan jauh! ahaks'

Keesokan hari kami berkayuh lagi untuk pulang ke Kluang dan kembali bersekolah.
Syukur ya Allah...
Kerana telah menghadiahkan pengalaman indah!

Sebuah nukilan Kembara Jalanan

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails