‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 2 November 2012

Jumaat Harum Kembang Subur

Bunga di tepi tingkap

Alhamdulilah, hari ini hari Jumaat pertama di bulan November 2012. Petanda tahun baru bakal menjelma dalam masa dua bulan lagi.

Ramai orang akan gembira sakan dengan tahun baru, tetapi bagi maza debaran semakin memuncak. Di dalam hati ada gelisah. Dan ianya bukanlah disebabkan cerita '2012 Armageddon' itu; hal itu cuma Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Lupakan seketika perihal gusat tersebut. Hari Jumaat ini adalah penghulu hari. Banyak pahala dan ibadah afdal seperti solat tahyat masjid, solat taubat, zikir, tahlil dan sebagainya. Dikatakan juga hari Jumaat tatkala khatib berhenti duduk untuk khutubah kedua adalah saat mustajab untuk berdoa. Pada mereka yang bakal menempuhi peperiksaan awam seperti SPM, STPM, SPA8 dan sebagainya, berdoalah! Begitu jugalah pada mereka yang menghadapi ujian sakit dan kesempitan hidup, ambillah peluang untuk berdoa di saat itu. 

Musim pengantin pun sudah tiba. Jadi, bakal-bakal suami-isteri ambillah peluang untuk berdoa bersungguh-sungguh demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Hari Jumaat ini juga banyak tabung-tabung amal di pintu-pintu masjid terbuka luas. Bersedekahlah tatkala kita sihat dan muda belia. Kerana sedekah yang ikhlas tatkala kita muda dan sihat ini lebih bermakna dan dipandang tinggi di sisi Allah SWT. Itu kata hadis. 

Di dalam sirah juga ada menyatakan dengan bersedekah kita mampu menolak bala'. Termasuklah apabila ditimpa sakit dan penderitaan. Apatah lagi ia dilakukan pada hari Jumaat ini, hari yang penuh barakah!

Sebagai mengimmrah dan mengindahkan hari Jumaat, maza tepek satu gambar bunga di tepi tingkap. Selongkarlah isi dan intipati di sebaliknya. Mudah-mudahan kita semua menemui pengajaran dan ketenangan.



Nukilan lantun-lantun
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails