‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 21 Oktober 2012

Mphone boleh bikin panas hati!

Mphone merupakan kaedah pemasaran yang menggunakan telefon bimbit sebagai medium komunikasi dan penyebaran maklumat antara pemasar dan pasar sasarnya. Fenomena ini berlaku sebagai kesan daripada kemajuan teknologi ICT. 

Kebanyakan telefon bimbit hari ini dibekalkan dengan teknologi 3G dan mampu mengakses internet. Gelombang maya semakin terbuka luas dan tidak hanya bergantung kepada saluran talian tetap dan komputer. 

Impak nyata ialah selain penyaluran dan penyebaran maklumat yang diingini dan berkesan bagi sebuah perhubungan komunikasi, ia juga menghasilkan kesempatan untuk organisasi mempromosi produk mereka!



Pemasar-pemasar ini menggunakan perkhidmatan talian telefon bimbit seperti SMS, MMS, QR, BB, whatsap. mobile online dan sebagainya untuk mengiklankan produk-produk mereka. 

Sesetengah pemasar mendapat restu daripada syarikat telco (telekomunikasi) untuk memanjangkan niat pemasaran mereka. Malah mereka diberikan tawaran tarif istimewa. 

Sesetengah pemasar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan nombor telefon bimbit pengguna. Berbagai helah digunakan seperti diadakan kontest, aduan dan sebagainya. Jangan tidak percaya, terdapat syarikat-syarikat tertentu sanggup membeli dan menjual nombor telefon pelanggan mereka kepada pihak ketiga. 

Jika dahulu pemasar menggunakan senarai nombor-nombor telefon untuk menghubungi pasaran sasar dan dikenali sebagai tele-marketing. Hari ini dengan kaedah yang hampir sama, mereka menggunakan nombor tersebut untuk menjalankan strategi pemasaran 'mphone' pula!

Bagi pengguna telefon bimbit pintar, mereka merasa kurang senang apabila kerap diganggu dengan iklan-iklan atau penyaluran informasi yang mereka tidak ingini. Sebagai contoh pengiklanan yang dibuat oleh pihak bank yang menawarkan sesuatu pakej pinjaman atau galakkan penggunaan kad kredit. Begitu juga dengan pengiklanan 'on' mencari jodoh, lawak jenaka, tawaran perkhidmatan ring tone dan sebagainya.

Kebelakangan ini maza kerap menerima iklan daripada pihak bank dan syarikat insuran. Itu tidak termasuk iklan-iklan daripada pasaraya, penyelidik bebas (seperti analisis pilihan raya) dan syarikat-syarikat lain.

Penghantaran SMS dan MMS mereka itu adakalanya amat mengganggu maza. Tidak kira masa; baik di tengah malam, maghrib, dinihari malah ketika di dalam jamban. Adakalanya ia bertalu-talu hingga mengganggu kerja maza. Pernah inbox telefon bimbit maza penuh dengan iklan mereka.

Untuk menambah ketidakseronokan lagi selain bunyi SMS atau MMS yang bertalu-talu ialah menyebabkan kita kurang perhatin terhadap SMS. Adakalanya terlepas pandang terhadap SMS dan MMS yang disampaikan oleh orang yang berkenaan dan dianggap penting!

Menambahkan hati yang panas apabila perlu memadam mesej-mesej pengiklanan tersebut satu persatu! Huh!

Serious, ini memang tidak best!





blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails