‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 2 Jun 2011

Bir Halal sudah haram?!

***Nota penting (terkini): Majlis Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengesahkan minuman jenama Barbican  ini adalah halal dan boleh diminum oleh muslimin... (diwartakan di akhbar Harian Metro tarikh 26. Julai. 2011) - maklumat lanjut di sini (Bir halal sudah boleh diminum: Sohih)

Sabtu lalu (28 Mei 2011) telah heboh satu Malaya apabila Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) mengumumkan bahawa 'bir halal' kini menjadi haram apabila ujian makmal menunjukkan kandungan alkohol melebihi daripada yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. 

Mereka mendakwa kandungan alkohol di dalam minuman yang diimport daripada negara timur tengah itu sebanyak 0.05%. Manakala kandungan alkohol yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ialah tidak melebihi 0.01%.

Minuman yang dimaksudkan mungkin ialah Barbican, minuman malta. Ia dikilangkan di UAE, Dubai. 


Kandungan alkhohol yang melebihi daripada sukatan yang disepakati oleh jumhur ulamak Malaysia sudah dikira sebagai minuman khimar yakni minuman yang memabukkan. Ini bermakna ia dikategorikan sebagai 'ARAK'. 

Arak adalah haram untuk diminum oleh orang-orang Islam. Malah barangsiapa yang meminum arak yang memabukkan boleh dihukum qisas disebat sebanyak 40 kali sebatan.

Hasil ujian makmal dan laporan daripada JAIJ itu membuatkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) sebuah agensi yang mengeluarkan sijil halal dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Islam, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, telah mengeluarkan kenyataan agar umat Islam tidak mengambil minuman ini untuk diminum sehinggalah ia benar-benar disahkan. 

Sementara itu Jakim melaporkan pengimport minuman tersebut tidak pernah mendapat atau diberikan sijil halal sebelum ini. Jakim juga tidak pernah bersetuju dengan cara pembungkusan dan pembotolan minuman tersebut.




Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini.Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu.
"Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam. Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab.

Sehubungan peristiwa ini pengimport minuman tersebut telah membuat laporan dan permohonan kepada Jakim untuk mengistiharkan bahawa minuman tersebut bukanlah minuman yang boleh memabukkan. Ia hasil daripada perisa buah-buahan. Minuman tersebut juga diedarkan di negara-negara Islam Arab lainnya. Minuman ini mudah didapati dan di jual di Mekah dan Madinah, kota suci umat Islam. 

Pengimport tersebut juga merasa pelik kenapa minuman tersebut yang sudah terkenal di kalangan umat Islam di timur tengah dan tanah suci sana diragui kehalalannya. Pengimport juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa Barbican bukanlah 'bir' dan tidak pernah mendakwa 'bir halal' kecuali wartawan yang mengada-adakan frasa tersebut.

Untuk itu pengimport akan merayu dan membuat penjelasan kepada agensi yang menjaga kemajuan Islam di negara ini.

Pengimport minuman berjenama Barbican ini ialah Suria Wholesaler Sdn Bhd. Pengarahnya ialah Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya. Maklumat lanjut sila klik sini: Harian Metro: Kami Kerugian.

Hakikatnya, sekarang ini status minuman Barbican ini belum lagi diistiharkan sebagai "HARAM". Cuma umat Islam dinasihatkan agar menjauhi minuman 'seperti ini' sehinggalah diputuskan kelak.

Barbican turut dijual di sesetengah 7-eleven. Barbican amat popular dan sinonim dengan restoran-restoran arab. Ia biasanya dihidangkan selepas kita menikmati nasi arab seperti nasi mandi dan kabshah.

Untuk makluamt lanjut sila lihat di Harian Metro. Klik sini. dan klik sini juga: "Kami kerugian" atau di sini.

Untuk menambah keharuan, maza sudah tonggak minuman ini berbotol-botol semenjak dari tahun lepas lagi. Barbican sudah dikenali di negara ini semejak dua tahun lalu. Maza meminumnya sekadar menghilangkan dahaga dan menyejukan badan selain rasanya cukup istimewa.


Mujur juga sepanjang maza tonggak minuman ini tidak pernah pula mabuk, meracau atau merapu walaupun berbotol-botol. Kecuali melantun-lantun di blog ini ... ahaks... 

Jadi kengkawan kalau rasa ragu-ragu tentang minuman atau makanan eloklah dielakkan sementara ia mendapat pengesahan daripada mereka yang alim dari kita.

Jika sudah terminum dan memang disahkan 'haram', makanya nak buat macam mana. Kita tak tahu dan bendalah tu dah meresap dalam perut. Takkanlah nak samak dengan minum air tanah fulak kan? Cuma harus kita taubat, jangan meminuminya lagi. Uhuk!

Kebetulan malam ini malam Jumaat. Jangan ada pulak kengkawan yang menggunakan dan mendakwa minuman yang satu itu mampu memberikan rangsangan dan kekuatan yang hebat-hebat gitew. Nanti Dr. Ismail Thamby marah sehh.. ahaks..

Malam Jumaat begitu sinonim dengan umat Melayu. Jadinya selamat beramal ibadah ya kengkawan. hehehe


***Nota penting (terkini): Majlis Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengesahkan minuman jenama Barbican  ini adalah halal dan boleh diminum oleh muslimin... (diwartakan di akhbar Harian Metro tarikh 26. Julai. 2011) - - maklumat lanjut di sini (Bir halal sudah boleh diminum: Sohih)


blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails