‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 24 Jun 2011

Anjakan Aras

Gambar: Mencongak & Merungkai
Hotel Seri Malaysia, Port Dickson

Muhamad Nasrul Hakim merupakan pelajar Tahun 1. Pagi tadi keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya sudah keluar. Ibubapa dipanggil untuk menggambil keputusan anak-anak mereka. 

2) Keputusan peperiksaan Nasrun ialah 4A, 3B, 1C dan 1D. Nasrun mendapat tempat ke-21 di dalam kelasnya daripada 38 orang murid. Ini menandakan Nasrun membuat skor abjad lengkap dengan A, B, C dan D. Nasrun ditempatkan di dalam kelas 1 Dinamik, kelas terakhir. 

3) Ketika peperiksaan pertengahan tahun itu, Nasrun telah jatuh demam. Namun di atas semangat juangnya dan kata-kata motivasi daripada keluarga, anak kecil ini menggagahkan diri untuk terus hadir dan menduduki peperiksaan tersebut. Balik dari sekolah dia tertidur di atas sofa. Sesekali dia mengerang akibat suhu di tubuhnya meningkat tinggi. Setelah tertidur beberapa ketika, dia kembali bersiap untuk menduduki peperiksaan sekolah agamanya pula.

4) Maza kira dengan apa yang dilaluinya itu sudah cukup berbaloi dan boleh diterima. Mudah-mudahan dengan sedikit pengalaman ini memberi pengajaran kepada kami agar menjaga kesihatan diri terutama menjelang hari-hari penting. 

5) Kedudukan ke-21 di dalam kelasnya itu telah mengingatkan maza ketika maza di Darjah 1. Maza juga pernah menduduki tempat yang sama tetapi daripada 33 orang murid di dalam kelas A, di sebuah sekolah kampung. Kedudukan kurang memberangsangkan itu tidak bermakna kita sudah tewas. Tetapi ia sebagai  penanda aras untuk bangkit gagah dan meningkatkan kemajuan diri. 

"Mereka yang berjaya bukan tidak pernah gagal. Bezanya mereka yang Gagal dengan orang Berjaya ialah orang berjaya tidak mudah mengaku kalah. Mereka cekal dan cepat bingkas semula untuk mengatasi kegagalan (resilience)."

6) Kami berkongsi pengalaman yang sama. Ini memberikan kemudahan kefahaman kepada maza memahami akan situasi Nasrun. Apa yang diperlukan sekarang ialah dorongan dan sokongan keluarga untuk terus maju. Jadikan ia sebagai pembakar semangat. Bukannya mencemuh dan mencebikkan mulut lantas menjatuhkan air mukanya lalu meragut semangat juang!

7) Kalau dulu di kampung maza, dengan keputusan di atas sudah tentulah murid tersebut dalam kalangan pelajar-pelajar pintar. Pantas sekali kedudukan di dalam kelas bukannya ke-21, silap-silap nombor 1-5. Murid tadi memberikan sinar harapan kepada sekolah dan mendapat perhatian Guru Besar.

8) Itu kisah di kampung, tidak sama di bandar besar tempat kami berada yang dikelilingi manusia-manusia pelbagai status-quo. Persaingan cukup hebat. Entahlah kadang-kadang maza sendiri sudah putus urat kentut memikirkan bagaimana cara untuk memastikan kecemerlangan hidup terus di tangan anak-anak maza sebagaimana keinginan ibubapa yang banyak. 

Pinggan ayan: 
Keampuhan mental mengecas-tambah lingkaran kekuatan fizikal. 
Orang yang berjaya dan cemerlang degil untuk tewas.



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails