‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 25 April 2011

Nek Cun Di PWTC

April 23, 2011 (Sabtu) - maza sudah terjah ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa 2011.

Sampai di PWTC yang terserenggam indah di Jalan Tun Abdul Razak itu jam 12.00 tengah hari. Maza menghadapi kesukaran mencari tempat parkir hingga berputar-putar dua tiga kali juga di sekitar PWTC itu.

Akhirnya maza berjaya menyelusup masuk dan dikenakan caj parking RM8.00 sekali masuk. 

Gambar 1: If there have a will power, no matter where it is, one will read  even sitting on the floor with a crowd of people buzzing around

Gambar 2: Book worm
Punyalah ramai orang menyerbu, terutama putera dan puteri dari sekolah menengah dan rendah memenuhi ruang pameran. Macam-macam bahan bacaan dipamer dan dijual. Harga pula berpatutan dan sesetengahnya amat murah. 

Gambar: Novel Nekcun

________________________________________________________________________________

Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
____________________________________________________________________________________________

Gambar 3: Amirah, antara petugas di balik pentas


Kesukaran dan kesesakan itu tidak mematahkan semangat terutama mahu melihat dan bertemu sendiri dengan nekcun (nekcun. blogspot.com): blogger dan penulis novel popular lagi kesukaan ramai. 

Gambar 4: Khusyuk membaca

Nekcun juga adalah antara penaja utama di dalam kontest Garden of Eden anjuran Gubuk Kecil Kembara Jalanan ini. 

 Gambar 5: Novelist Fauziah Ashari was signing autographs 

Gambar 6: Mempromosi Sinar Harian

Nekcun mewakili syarikat Krangkraft yang ruang pamerannya terletak di tingkat satu. Penulis ini sudi meluangkan masa untuk bertemu dengan peminatnya disamping membuat promosi novel terbaru beliau. 

Gambar 7: Arnab jadi-jadian sudah terlepas di PWTC.
Aneh? Tapi itulah kebenarannya

Jadi untuk mengenali dekat nekcun, (Kamsiah Abu), jangan segan-segan ramai-ramai terjah ke PWTC di Pesta Buku Antarabangsa yang bermula dari 22 April hingga 1 Mei 2011.

Gambar 8: Pintu gerbang Krangkraf

Bukan setakat itu sahaja, anda juga berpeluang beramah mesra dengan penulis-penulis lain seperti H.M Tuah, Siti Zubaidah, Fauziah, Ramlah Rashid (http://ramlah-rashid.blogspot.com) dan sebagainya. 

Gambar 9: In red novelist Ramlah Rashid with her gang

Gambar 10: Antara barisan penulis dari Krangkraf

Di pesta buku tersebut terdapat lebih daripada 20 buah syarikat penerbitan. Anda boleh melawati boot-boot pameran dan jualan buku di tingkat satu hinggalah tingkat tiga bangunan PWTC. 

Namun malang bertimpa jua. Nekcun yang dicari maza tidak ketemukan. Ini kerana sessi bersama Nekcun hari itu sudah tamat. Nekcun sendiri sudah berlalu pergi jam 1.00 tengah hari.  

Sessi bersama Nekcun akan diadakan pada hari-hari berikutnya mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan.

Insyallah jika ada jodoh, kita akan bertemu jua. huhuhu

Gambar 11: Nasrun participate in one of  Sinar Harian contest. He lost to win prizes worth RM1,00. But brought back a Maggie Tomyam Cup.

Selain mempromosikan buku terbitan masing-masing, beberapa pertandingan kecil turut diadakan. Contohnya oleh Kumpulan Krangkraf dengan membeli akhbar Sinar berharga RM1.00 anda berpeluang memasuki pertandingan dan memenangi hadiah utama bernilai RM1,000.00

Gambar 12: Penuh dengan orang ramai.

Jadi, apa lagi, marilah kita terjah ke sana-ke sana, ke sanaaaa......
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails