‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 15 Mac 2011

Di luar liputan Bujang...

Maaflah kengkawan. Agak lama juga blog ini terbengkalai... (eh lama ke? ahaks!) dan maza tak sempat mahu jenjalan ke blog kengkawan.

Kembara jalanan ini membawa maza ke utara tanahair. Kononnya hendaklah juga maza melawat blogger zyma yang jelitawan itu. Tapi malang tak berbau, di Pekan Rabu itu zyma tak ada. Dia sudah bikin bisnez yang lain, dan sangat sibuk katanya.

Kali ini perantauan maza berpetualang ke negeri Kedah Darul Aman. Selama lima hari di sana. Macam-macam dok ada!.. hahaha

Kesempatan yang ada juga maza sempat menjengah ke Lembah Bujang yang dekat dengan Merbuk dan Sungai Petani itu. Menyelusuri sejarah dan kejadian kerajaan di negara tercinta ini. Sambil-sambil itu dapatlah maza mendalami maksud dan susur jalur Hikayat Merong Mahawangsa.

Gambar 1: Salah sebuah bangku yang terdapat di Lembah Bujang, Kedah.

Bukanlah maza menghilangkan diri disebabkan merajuk. Atau putus cinta lalu maza enggan mencalit sebarang berita di blog ini.

Segalanya disebabkan kesibukan maza mengembara dari satu daerah, ke satu daerah, dari satu negeri menjadi tiga negeri... sambil membawa obor misi untuk secupak nasi menjadi segantang gitew.... huhuhu

Gambar 2: Pengantin di Candi, Lembah Bujang...
Sekembali dari seputaq Alor Staq itu, maza telah menyerbu ke panggung wayang Cathay. Apa lagi menelanjangi bait-bait cerita Hikayat Merong Mahawangsa arahan Yusri Abdul Halim. 

Wayang yang berlandaskan cerita epik ini amat 'BEST!!!!'. Kalau boleh maza berikan 6 bintang daripada 5 bintang berkelipan di anugerah angaksa sana!.

Gambar 3: Penerangan ringkas yang terdapat di Balai Besar/ Istana Pelamin, Alor Setar.
Tahniah kepada Yusri dan syarikat naungannya KRU itu. Begitu juga maza mahu sampaikan terima kasih kepada mereka kerana sudi memaparkan di layar perak cerita sejarah yang sebegini dan sehebat itu! Kepada abang Rahman yang encem memegang watak Merong Mahawangsa (bukan Merong Mahasuasa *ketawa, hahaha), selamat pengantinn baru dan memang hebat lakonannya.

Jadi kengkawan, moh ler kita sokong industri perfileman tempatan yang ini. Asyik disogok cerita hantu dan lawak seram, meh ler kita ke genre yang satu ini... Insyallah tak menyesal punya! Macam menonton filem aksi dari Hollywood gitew.. hehehe

Sedang maza masih berpelisiran dalam kembaranya, kengkawan layanlah dulu blog ini ya... 

Opps, hampir lupa sudah, kepada Cik Nia Jason terima kasih tak terhingga kerana sudi menjadi follower GKKJ yang entah apa entah ini, banyak yang melantun-lantun gitew... hahahaha
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails