‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 18 Januari 2011

Lain dicari, lain pula diketemui.. alahai...

Semalam Iqhuan datang bertemu Salman. Mereka berdua sudah lama berkawan Cumanya Salman baru pindah ke taman perumahan itu. Salman masih belum fasih dengan kawasan baru tersebut.

"Eh! Ke mana kau semalam? Kau janji nak jumpa aku kat masjid. Aku tunggu kau bagai nak rak, dari Maghrib sampai ke Subuh, kau tak muncul-muncul juga!" Iqhuan menyoal seraya menyuakan air kopi di kedai Mamak Khalifah.

"Semalam aku guna GPS ni cari masjid. Aku pun ikutlah direction sepatuh-patuhnya. Pergi punya pergi, sampai-sampai aje yang temui ialah Restoran Naina! Masjid yang aku cari tak jumpa. Sudah bertukar jadi restoran agaknya. Lepas tu aku pun pekena roti canai dan teh tarik special kat situ. Habis pekena aku pun baliklah," helah Salman sambil tersengeh-sengeh bak kerang busuk.

"Tulah kau! Semua gadget yang ada kat pasaran ini semua kau nak beli. Nak guna. Dah macam inspector gadget dah. Ini mesti gadget kau tu tak cukup up-to-date?"

"Mana ... aku baru update tahun lepaslah"

"Tahun lepas kira dah usang dah woiii ... ni aku dah update peta yang terbaru. Tapi gadgetnya masih lama lagi lah. Aku guna GPOS. Insyallah boleh jumpa punya. Dan tak perlu bergantung harap pada isyarat satellite."

"Eh! Apa tu GPOS? Aku tak pernah dengar pun."

"Global Positioning System PAKAI OTAK SENDIRI!" balas Iqhuan sambil menahan ketawa dengan berlindung di balik cawan kopi yang hendak diteguknya itu.

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails