‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 15 Disember 2010

Malaysia vs Vietnam: 2-0, Piala AFF Suzuki

Separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam yang diadakan di Stadium Bukit Jalil telah membuahkan kejayaan kepada negara kita.

Malaysia telah menewaskan Vietnam dengan 2 gol berbalas 0.

Kedua-dua gol dijaringkan oleh Safee Sali (jersi no. 10). Kesemua gol dijaringkan dalam separuh masa kedua.

Gol pertama hasil tandukan Safee.

Gol kedua pula ialah daripada muntahan tendangan Shafiq (jersi no. 9) yang ditampan kurang kemas oleh penjaga gol Vietnam. Kemudian Safee menyambarnya lalu merembat ke pintu gawang.

Separuh akhir kedua akan diadakan di Hanoi, Vietnam pada hari Sabtu depan iaitu pada 18 Disember 2010.

Jika Malaysia terus mara, bermakna sudah dua kali Malaysia ke pertandingan akhir sepanjang Piala AFF Suzuki ini diperkenalkan.

Piala AFF Suzuki berasal daripada Tiger Cup dan mula diperkenalkan pada tahun 1996. Ia dianjurkan dua tahun sekali dengan sepak mula di Singapura pada September 1996. Piala ini merupakan kejuaraan antarabangsa utama di peringkat rantau Asia Tenggara. Kali terakhir dianjurkan ialah pada tahun 2008 dengan menyaksikan Vietnam sebagai juara dengan agregat 3-2 menewaskan Thailand.

Kemenangan Malaysia ke atas Vietnam hari ini telah memberikan kelebihan kepada pasukan kita untuk beraksi pada pusingan separuh akhir kedua di Hanoi.

Kemenangan malam ini sedikit sebanyak memberikan impak besar pemulihan keyakinan rakyat Malaysia kepada pasukan nasionalnya. Hari ini juga membuktikan pasukan kita semakin digeruni dan akan terus melangkah lebih jauh.

Rata-rata rakyat Malaysia menaruh harapan agar momentum ini dapat diteruskan dan seterusnya dinobatkan; "kita adalah JUARA!"

Tahniah semua, terutama kepada pasukan nasional kita. Alhamdulilah, sebuah berita gembira buat rakyat Malaysia.

Sekian laporan maza yang berada di tempat duduk grand stand, berbumbung bersofa dengan hidangan teh panas di hadapan layar tv di ruang tamu rumah... hehehe

Selamat malam Khamis ya kengkawan...
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails