‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 21 Julai 2010

Jauh nun sana, lama lagi, dah kecoh satu Malaya dibuatnya.


"Bukan ke lagi dua bulan kita raya, bulan September nanti?" tanya Darling sambil makan kuaci, tersandar di atas sofa. Perutnya sudah berisi makan malam sebentar tadi.

"Aa'ah, puasa pun belum lagi, dah melambak-lambak iklan raya kat TV. Kat radio petang tadi pun sama. Kalau dulu-dulu, masa abah kecil, iklan raya ni cuma ke udara bila dua minggu lagi nak raya. Lagu raya pun sama. Start malam tujuh likur baru berkumandang kat corong radio," abah menjawab sambil matanya masih terpacak ke TV memandang pesanan komersial dari pengeluar minyak sapi di Malaysia.


"Dia orang buat strategi tu. Kan harga minyak, gas dan gula dah naik. Lagipun pola permintaan tahun ini untuk biskut, kuih raya dan baju raya menurun sedikit.

Ditambah lagi cuti semester sekolah dengan raya disatukan. Mana-mana yang ada anak besar yang bersekolah, cuti raya mereka setakat hari raya ketiga. Lepas tu kena balik ke sarang masing-masing.

Yang memeriahkan suasana kan budak-budak. Mak bapa budak pun terikut sama. Tu yang cuti raya sudah berkurangan masing-masing mengeluh!

Sepekara lagi, dia orang buat iklan awal-awal supaya pengguna meleleh air liur awal dan boleh budget perbelanjaan siang-siang. Kiranya beli awal-awal, buat stok awal-awal.

Lagipun trend sekarang ni berbelanja berdikit-dikit. Tak macam dulu, lagi tiga minggu raya, orang berbelanja sakan. Untuk maintan volume & momentum jualan mereka buat macam ni. Keluar iklan awal-awal!" maza membuat teori sendiri.


"WAH! Macam ni kita kena beli kuih raya awal-awal!" kata Darling.

"Hmm ... tak payah. Takut tak sampai raya dah tinggal seredak aje. Awak tu bukan boleh percaya. Kejap-kejap masuk ke dapur. Masuk dapur aje berlenggang makan kuih! Karang ada lak pinggang macam kembang semangkuk. Sudah! Tahun ni kita hidangkan lempeng dan jemput-jemput ikan bilis aje. Lagipun tahun ni cuti raya terhad. Tak ramai nak beraya ke rumah ni." celah maza pula.


Darling mencebikkan mulutnya, tanda protes dalam diam.

"Jangan takut. Nanti kita pow lah kuih mak kat kampung. Mak buat kuih sedap. Nanti kita bagilah modal sikit kat mak tu," pujuk maza sambil melemparkan senyuman manis.

"Habis kuih-kuih tahun lepas yang kita buat tu tak sedaplah? Tu buku resepi kita, bila kita nak praktikan?" rajuk Darling belum reda lagi.

"Pulak ..." maza mati kata.


camera: Pantex K1000
film: Kodak 35mm
ISO: 200


opps sebelum terlupa: Terima kasih denaihati kerna sudi menjadi pengikut maza.. hehehe




blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails