‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 12 Jun 2010

WOW di Taman Orkid itu!


Minggu lepas maza terjah ke Taman Orkid Kuala Lumpur. Kata ahlul photographer; outing the photo hunting gitulah gamaknya...

Di tengah hari matahari tegak memancar terik cahaya di bumbun kepala itu, maka maza pun menungeng-nungenglah menyaipkan assignment kegemaran barunya itu.. hehehehe

Taman Bunga Orkid Kuala Lumpur terletak di Taman Tasik Perdana. Dari Masjid Negara tak sampai lima kilometer pun.

Kebetulan pula dalam beberapa hari lepas, maza telah terpandang sebuah blog yang juga mengesahkan pasal bunga. Geram sungguh melihatkan gambar-gambarnya itu. Molek-molek belaka. Rasa mahu gheghet sahaja segala kelopak bunga yang ada.

Blog yang maza maksudkan ialah blog si gadis jelita Adila The Vogue dari daerah London yang satu itu.. huhuhu

Untuk berkongsi keindahan alam ciptaan Tuhan, maza pun sama hendak menyertai pertandingan (errrr.. pertandingan ke? heheheh), mahu menepek gambar bunga di blog ini..



Hanya beberapa keping gambar pilihan daripada berjuta-juta gambar yang maza sempat menembak (shot) tempoh hari, akan paparkan di ruang blog maza yang tak fofular ini... huhuhu







Tolonglah kengkawan, janganlah tanya nama scientific atau pun nama bunga itu. Haram maza tak tahu. Yang pasti, itu ialah species orkid! hehehehhe...




blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails