‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 12 Mei 2009

Harga Petrol Naik!

KUALA LUMPUR 12 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melancarkan minyak pelincir ron 95 hari ini dengan harga RM1.75 seliter bagi menggantikan petrol ron 92 yang digunakan sekarang.

Ia akan dilancarkan oleh Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Dua stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya akan mula menjual minyak petrol ron 95 hari ini dan esok diikuti negeri-negeri lain secara berperingkat-peringkat.

Pada masa ini, harga minyak petrol ron 92 adalah lebih rendah iaitu RM1.70 berbanding ron 97 iaitu RM1.80.

Sementara itu, harga bagi minyak petrol ron 97 akan dinaikkan kepada RM2.00 apabila penjualan minyak petrol ron 95 akan mula dikuatkuasakan September ini. - Utusan

***********

Terima kasih kerajaan di bawah pimpinan Dato' Seri Najib.

Kami memang AMAT SUKACITA mendengarkan perkhabaran ini.

Rasanya elok harga nasi lemak, ikan, ayam, sotong, udang, air mineral, air hujan, baju sekolah, tambang sekolah dan sebagainya dinaikan sama. Barulah sejajar dengan gerakan penstabilan harga pasaran nanti berkait kenaikan harga petrol yang baru ini.

Hapuskan Subsidi dan Naikan Cukai Petrol
Cukai petrol yang kami bayar hari ini mungkin masih jauh merugikan kerajaan. Eloklah tu. Tingkatkan cukai petrol ini.

Naikan tinggi lagi cukai itu sementera harga pasaran minyak mentah dunia masih rendah.

Siapa Peduli: Inflasi dan Deflasi (Pengangguran)
Kita nantikan pola keseimbangan pasaran. Mampukah inflasi berdiam diri. Dapatkah deflasi diperbaiki?

Seterusnya, mampukah para peniaga menampung kenaikan ini, terutama keadaan kemelesetan ekonomi sekarang?

Nasihat
Opss... jangan cepat melatah ya?!

Lepas ini kita pakat ramai-ramai tukar!
...
Tukar menggunakan ron 95 = RM1.75 yang baru itu. Jimat RM0.05 dari ron 97 = RM1.80 dan akan dinaikan kepada RM2.00 di bulan September 2009 kelak.

Tak apa. Enjin kereta mampu bertahan dengan ron 95 itu. Apatah lagi motor. Harga motor pun sudah murah.

Lagipun rakyat malaysia kaya dan pemurah hati. Jadi, lepas kereta dan motor itu menggunakan ron 95, setelah berusia lima tahun, enjin pun jadi haus. Penyelesaiannya, gantikan sahaja kenderaan yang baru!

wakakakaka
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails